Kelas Nadi Mahir Jahit (Minggu 18)

20 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 19 November 2025, telah berlangsung Kelas Mahir Jahit secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus Mahir Jahit pada minggu ini ialah minggu ke-18 untuk pengambilan ke-2 tahun 2025. Minggu ini cikgu mengajar secara praktikal iaitu menjahit kurung moden & skirt / kain duyung. Peserta dikehendaki membawa bahan untuk mendraf pola. Cikgu menerangkan langkah-langkah menjahit dengan posisi betul.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali