Kempen Internet Selamat (Kis) – “Jenayah Bermula Di Skrin: Peranan Kita Dalam Mencegah Pengaruh Negatif Dunia Maya”

16 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 15 November 2025, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Kempen Internet Selamat (KIS) – “Jenayah Bermula Di Skrin: Peranan Kita Dalam Mencegah Pengaruh Negatif Dunia Maya” Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Webinar ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada 3.00 petang hingga 4.00 petang.

Kempen Internet Selamat (KIS) – “Jenayah Bermula di Skrin” bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang risiko jenayah siber dan pengaruh negatif dunia maya. Program ini menekankan peranan individu, keluarga dan komuniti dalam mencegah penyebaran kandungan berbahaya, mengelakkan penipuan serta memupuk penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab. Kempen ini juga memberi pendedahan tentang taktik jenayah siber yang moden serta langkah pencegahan yang boleh diambil oleh setiap pengguna. Kebaikan kempen ini termasuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang keselamatan digital, membantu masyarakat mengenal pasti ancaman siber dan mengurangkan risiko menjadi mangsa jenayah di dunia maya. Selain itu, kempen ini mendorong individu untuk mengamalkan sikap lebih berhati-hati, bertanggungjawab dan proaktif dalam menggunakan internet.

Secara keseluruhan, KIS menyokong pembinaan komuniti digital yang selamat, peka dan berdaya tahan terhadap pengaruh negatif teknologi. Dengan adanya webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali