Kelas Nadi Mahir Foto (Minggu 17)

15 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 14 November 2025, telah berlangsung Kelas MAHIR FOTO secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus Mahir Foto pada minggu ini menerangkan Modul 3 - Content Creation , Pengenalan Dan Sejarah Tiktok. Monetisasi Kreator + Algortihm. Menerangkan apa itu tiktok? Apa itu Monetisasi kreator? Content Creation ialah proses menghasilkan kandungan digital seperti video atau gambar untuk menarik perhatian penonton di media sosial. Pengenalan dan Sejarah TikTok menerangkan apa itu TikTok, ciri-cirinya, serta perkembangan aplikasi ini daripada musical.ly hingga menjadi platform popular di seluruh dunia. Monetisasi Kreator pula merujuk kepada cara pencipta kandungan menjana pendapatan melalui TikTok, seperti melalui Creator Fund, penajaan jenama atau jualan produk. Algorithm ialah sistem TikTok yang menentukan video mana yang dipaparkan kepada pengguna berdasarkan interaksi, tontonan dan minat mereka, supaya kandungan yang relevan dan menarik muncul di For You Page (FYP).

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali