Webinar Nadi X Wellbeing – Cyst Buat Saya Hilang Ovari – Tapi Tak Hilang Semangat | P059

15 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 14 November 2025, telah berlangsung Webinar Nadi X Wellbeing – Cyst Buat Saya Hilang Ovari – Tapi Tak Hilang Semangat | P059 secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 10:30 pagi sehingga 11:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.

Webinar NADI x Wellbeing – “Cyst Buat Saya Hilang Ovari – Tapi Tak Hilang Semangat” dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran tentang masalah cyst dan kepentingan penjagaan kesihatan reproduktif wanita. Webinar ini mengisahkan perjalanan seorang wanita yang berdepan gejala awal seperti sakit perut teruk ketika haid dan kembung luar biasa, namun tidak menyangka ia berpunca daripada cyst yang akhirnya memerlukan pembuangan ovari kanan. Dalam perkongsian ini, beliau menceritakan detik sukar apabila dimaklumkan ovari perlu dibuang, serta kesannya terhadap fizikal dan kesuburan. Beliau turut berkongsi cabaran emosi, stigma masyarakat dan bagaimana pandangan sekeliling kadang kala menambah tekanan kepada pesakit. Namun di sebalik ujian itu, beliau bangkit dengan semangat baharu, menjadikan pengalaman tersebut sebagai kekuatan untuk terus menjaga kesihatan dan memberi kesedaran kepada wanita lain. Kisah ini bukan sahaja membuka mata tentang pentingnya peka terhadap tanda awal masalah reproduktif, tetapi juga menjadi inspirasi kepada mereka yang melalui situasi yang sama.

Secara keseluruhannya, Webinar ini turut menggalakkan pemeriksaan berkala dan membentuk sikap lebih peka serta proaktif dalam menjaga kesihatan diri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali