Webinar Nadi X Cybersecurity – Ancaman Siber Di Tempat Awam (Live Demo – “ Card Clonning & Tracker Gadget” Slot 1)
11 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Oktober 2025, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Webinar Cyberecurity - Ancaman Siber Di Tempat Awam, Live Demo – “ Card Clonning & Tracker Gadget” Slot 1. Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau, berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada 3.00 petang hingga 4.30 petang.
Webinar disampaikan oleh Encik Izzat Hamizan. Webinar kali ini akan memperlihatkan secara langsung ancaman siber yang mungkin berlaku di sekitar kita, terutamanya di tempat awam. Penekanan utama adalah pada teknik Card Cloning dan penggunaan Tracker Gadget oleh penjenayah siber untuk mencuri data peribadi dan maklumat kewangan tanpa disedari. Tujuan webinar ini mendedahkan kaedah dan teknik yang digunakan oleh penjenayah siber seperti “card cloning” (penduaan kad) dan penggunaan alat pengesan (tracker gadget). Mendidik peserta tentang langkah pencegahan dan amalan keselamatan digital untuk melindungi maklumat peribadi dan kewangan. Kebaikkan webinar ini ialah meningkatkan tahap kesedaran keselamatan siber dalam kalangan masyarakat, memberi pendedahan sebenar tentang risiko penggunaan peranti dan rangkaian awam tanpa kawalan, membantu peserta mengenal pasti tanda-tanda serangan siber serta cara bertindak jika menjadi mangsa, membina kemahiran asas dalam melindungi data peribadi dan akaun digital.
Webinar ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah ilmu baru serta meningkatkan tahap kesedaran digital masyarakat supaya lebih berhati-hati dalam penggunaan internet. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: