Program Perlis Usahawan Fest 2024 (PUF 2024)

16 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Disember 2024, NADI Kg Surau telah menyertai program festival usahawan Perlis bagi tahun 2024. Program ini dijalankan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan telah berlangsung di Dewan Wawasan 2020 Negeri Perlis selama 3 hari. Program ini melibatkan usahawan seluruh negeri Perlis termasuk usahawan mikro dan makro.

Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Mulitmedia Malaysia (SKMM) Negeri Perlis telah dijemput untuk menyertai program ini dengan membuka booth dalam program tersebut. Pihak NADI juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama sertai booth tersebut bagi mempromosikan NADI kepada rakyat Perlis. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan ketika program tersebut belangsung termasuk program Klik Dengan Bijak.

Dengan adanya program seperti ini, ia dapat mepromosikan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasioanal (NADI) dan kelas-kelas pembelajaran berkaitan usahawan yang dijalankan di NADI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali