Webinar Kselamatan Siber

9 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Disember 2024, NADI Kg Surau telah berjaya menguruskan dan mejalankan program Webinar Keselamatan Siber. Program ini berlangsung selama 2 jam setengah bermula pada jam 10:30 petang hingga 12:00 pagi. Webinar ini dikhususkan untuk pelajar sekolah berumur 13 tahun hingga 17 tahun sahaja.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar sekolah tentang jejak siber iaitu mengenal serangan dunia maya. Peserta diberi pendedahan bagaimana untuk mengenal serangan-serangan siber yang kebanyakkan berlaku pada masa kini. Dengan adanya program seperti ini, pelajar dapat menambah pengetahuan cara mengelakkan diri dari serangan siber serta penggunaan internet secara betul dan selamat.

Selain itu, program seperti ini dapat mempromosikan lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali