dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg. Surau, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Microsoft Word

04 February 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Feb 2018, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau telah mengadakan kelas latihan Microsoft Word untuk diaplikasikan dalam membuat kerja sekolah. Kelas yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau ini telah disertai oleh 5 orang peserta yang merupakan ahli PI sendiri dan kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara untuk menggunakan Microsoft word dalam pengurusan kerja sekolah atau kerja kursus. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk mengaplikasikan fungsi Microsoft Word di masa hadapan serta dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk berdepan dengan orang ramai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.